MAKANAN DAN PEMAKANAN

contoh makanan yang seimbang

 BAB 1

  • Setiap individu memerlukan nutrien dalam kuantiti yang berbeza.
  • Nutrien diperlukan untuk tumbesaran, membekalkan tenaga dan menjaga kesihatan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPERLUAN NUTRIEN

  •  Jantina :
  1. Lelaki memerlukan lebih nutrien untuk membekalkan tenaga kerana mereka lebih aktif dan mempunyai otot tanpa lemak.
  2. Perempuan memeerlukan lebih banyak ferum kerana kehilangan darah semasa haid dan melahirkan anak.
  • Umur
  1. Bayi– perlukan banyak protein untuk pertumbuhan fizikal yang pesat, kalsium diperlukan bagi pembinaan tulang dan gigi, susu ibu diperlukan untuk pertumbuhan yang sempurna.
  2. Kanak-kanak (1-9tahun) – perlukan tenaga semakin meningkat kerana sangat aktif dan membesar dengan pesat, perlukan lebih karbohidrat dan protein.
  3. Remaja (10-19tahun) – perlukan lebih tenaga seperti karbohidrat dan lemak kerana sangat aktif, keperluan protein semakin meningkat kerana pertumbuhan sangat pesat.
  4. Dewasa dan warga tua (20- >60 tahun) – keperluan tenaga dan protein berkurangan kerana kurang aktif dan penurunan kadar metabolisma, tiamina unutk membantu fungsi saraf.
  • Saiz tubuh
  1. Endomorf– mempunyai bentuk tubuh yang besar
  2. Ektomorf– mempunyai bentuk tubuh yang kecil dan pembinaan otot yang kurang
  • Aktiviti
  1. Aktiviti berat dan lasak memerlukan lebih tenaga daripada aktiviti ringan dan tidak lasak
  2. Tenaga diperoleh daripada karbohidrat, lemak dan protein, apabila keperluan tenaga meningkat, pengambilan nutrien pembekal tenaga dan haba perlu dipertingkat.
  • Kumpulan tertentu
  1. Ibu mengandung dan menyusukan anak – perlukan pertambahan tenaga dan kalsium, pertambahan protein adalah penghasilan susu.Keperluan tenaga dan nutrien bertambah bagi pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan fetus.
  2. Pesakit dan si pulih – perlukan lebih protein untuk bina semula tisu. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak. Contoh makanan yang membekalkan nutrien ini ialah susu, ikan, daging, telur, roti dan sebagainya.
  3. Vegetarian – i) tulen: tidak memakan daging dan hasilnya. ii) Lakto: tidak memakan daging haiwan tetapi boleh memakan telur, susu dan hasil tenusu seperti keju dan mentega.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s