PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

BAB 4

MAKANAN MUDAH

  • makanan yang telah diproses atau disediakan sebahagian atau sepenuhnya.
  • tujuan adalah untuk memudahkan kerja penyediaan makanan, tahan lama dan senang disimpan
  • makanan berpek/ dibotolkan
  • makanan sintetik
  • makanan sejuk beku
  • makanan segera
  • makanan kering
  • campuran bahan makanan yang sudah sedia untuk dimasak

KLASIFIKASI MAKANAN MUDAH

  • Makanan separa proses – telah sedia untuk dikupas, disejukbeku, dicabut tulang dan dibersihkan.
nangka muda
  • makanan sedia untuk dimasak – telah sedia untukĀ dipotong, diporsi, disteril, diawet, dicanai, didehidrat, dibancuh, disadur dan dibentuk.
  • makanan sedia masak untuk dipanaskan – telah sedia untuk direbus, digoreng, dikukus dan dibakar.
  • makanan sedia masak untuk disaji – telah melalui proses penyediaan yang lengkap dan boleh terus dimakan tanpa dimasak atau dipanaskan.

CIRI MEMILIH MAKANAN

  • Bekas makanan tidak rosak, kemek, berkarat atau menggelembung.
  • makanan sejuk beku telah mencapai takat beku
  • makanan mengandungi nutrien.
  • makanan belum melepasi tarikh luput
  • makanan tidak berubah warna
  • makanan tidak berlendir atau basi
  • makanan tidak berubah rasa

CARA MENYIMPAN MAKANAN

  • Bungkus dengan cling wrap atau disimpan dalam bekas bertutup. Masukkan ke dalam peti sejuk beku.
  • sayur-sayuran dimasukkan dalam pembungkus plastik atau bekas kedap udara. Simpan di bahahgian menyimpan sayuran di dalam peti sejuk.
  • dikekalkan di dalam pembungkus asalnya atau dimasukkan ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk.
  • makanan mudah yang kering disimpan di tempat yang kering dan bersih.
  • makanan mudah berkaleng, berpek dan dibotolkan disimpan di tempat yang kering dan bersih.
  • baki yang tidak digunakan hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup dan di dalam peti ais.

KEBAIKAN MAKANAN MUDAH

  • Cepat dan senang disediakan, menjimatkan masa dan tenaga.
  • senang disimpan di dalam almari, kabinet atau peti sejuk.
  • tidak memerlukan banyak kemahiran semasa penyediaannya.
  • lebih selamat jika diproses oleh industri.
  • berguna sewaktu kecemasan atau menerima tetamu secara tiba-tiba.
  • dapat dinikmati sepanjang tahun kerana boleh disimpan lama
  • mudah dibawa dan diangkut ke mana-mana.
  • tahan lama dan mengurangkan pembaziran.
  • nutrien tambahan di dalamnya meningkatkan nilai pemakanan.
  • mempelbagaikan jenis makanan di pasaran.

KELEMAHAN MAKANAN MUDAH

  • Lebih mahal daripada makanan segar.
  • kehilangan sebahagian nutrien semasa pemprosesan.
  • mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi.
  • mempunyai badan aditif yang tinggi dan ia boleh menjejaskan kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s